Mesyuarat "Kick off" Kajian Pemetaan Kemiskinan bagi Negeri Selangor

Mesyuarat "Kick off" Kajian Pemetaan Kemiskinan bagi Negeri Selangor

26 April 2022- Selasa| Mesyuarat "Kick off" Kajian Pemetaan Kemiskinan bagi Negeri Selangor.
Satu mesyuarat telah diadakan oleh URBANICE Malaysia secara atas talian berkaitan pelaksanaan Kajian Pemetaan Kemiskinan Negeri Selangor. Pada mesyuarat tersebut Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Pengarah InsPeK, UMK) telah dijemput untuk berkongsi hasil kajian Pemetaan Kemiskinan Di Kelantan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Unit Perancang Ekonomi Selangor, Jabatan Perangkaan Malaysia Selangor, PlanMalaysia, Kerajaan Tempatan Negeri Selangor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Semoga pelaksanaan pemetaan kemiskinan di Selangor ini dapat memberi manfaat kepada komuniti miskin demi kesejahteraan hidup mereka.
000
Read 192 times
Rate this item
(0 votes)