KONSEP PENDEKATAN PEMINDAHAN ILMU InsPeK

Konsep dan Pendekatan Pemindahan Ilmu InsPeK adalah seperti berikut:

a. Konsep Pemindahan ilmu InsPeK:

i. InsPeK memanfaatkan kepakaran staf akademik UMK dengan kolaborasi pemegang taruh untuk aktiviti pemindahan ilmu.

ii. InsPeK juga akan memanfaatkan konsep transdisciplinary dalam proses pemindahan ilmu yang dilaksanakan secara terfokus dan berterusan untuk menghasilkan model pengurusan kemiskinan. InsPeK tidak mempercayai konsep aktiviti oneoff dalam proses pemindahan ilmu kepada komuniti yang terpilih. Sebaliknya, InsPeK percaya proses pemindahan ilmu perlu dilakukan secara terancang untuk masa tertentu.


b. Pendekatan Pemindahan Ilmu InsPeK

i. InsPeK turut menggunakan pendekatan rakan kongsi (partnership) antara pemegang taruh berasaskan pendekatan ‘bersama dan saling menyumbang’.

ii. Selain itu, pendekatan insklusiviti dan esklusiviti juga dipraktikkan. Maksud inklusiviti ialah penyertaan untuk aktiviti pemindahan ilmu adalah terbuka kepada semua pemegang taruh, sama ada dalam program InsPeK ataupun sebagai strategi untuk mendapatkan geran dari luar. Berbeza dengan esklusiviti, InsPeK akan menjemput pihak yang berpotensi untuk bekerjasama bagi melaksanakan program pemindahan ilmu yang boleh diimplementasikan melalui InsPeK.
Image
Image
Image
Image
Image