Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK)

LogoUMKLogoInsPeK 2

Kalam Pengarah InsPeK

PMDr.Amirzal 

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah masuk tahun ke-3 operasinya setelah distrukturkan semula dan dijenamakan sebagai Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence- CoE) yang menumpukan kepada elemen penyelidikan dan perkhidmatan dalam menguruskan kemiskinan secara berimpak lestari.

Sejak tahun 2017 dan 2018, InsPeK telah mencapai target dalam penyelidikan, program pemindahan ilmu dan jaringan dengan rakan strategik. Semua ini dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan isu kemiskinan dapat diuruskan secara bersama dan memperoleh natijah yang benar-benar boleh dinikmati oleh kumpulan sasar, iaitu komuniti miskin.

Sepanjang 3 tahun ini, InsPeK telah menumpukan kepada penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu berasaskan tujahan InsPeK, iaitu kemiskinan. Kemudian dipanjangkan dalam bentuk program pemindahan ilmu bagi memastikan proses pengurusan kemiskinan adalah berasaskan sandaran ilmu yang solid dan digerakkan berasaskan pendekatan rakan kongsi (partnership) antara pemegang taruh. Ini dimanifestasikan melalui 5 program pemindahan ilmu yang memberi manfaat kepada komuniti miskin bersasar melalui kerangka Makmal Jaringan Sosial (Social network laboratory- SNL) InsPeK. Antaranya ialah projek pisang ‘tissue culture’, ikan keli, ikan tilapia, produk pes dan ikan lunak. Semua ini dapat dilaksanakan dengan kepakaran ilmuwan UMK dan komitmen dari pelbagai agensi, termasuklah peserta sendiri.

Hasil kajian utama InsPeK, iaitu Pemetaan Kemiskinan telah diperoleh pada akhir tahun 2018 dan InsPeK telah mengambil inisiatif yang proaktif dengan membentangkan hasil kajiannya kepada pihak berkepentingan. InsPeK telah menerima maklum balas yang sangat baik, termasuklah pelawaan untuk bekerjasama dalam pelbagai projek berkaitan kemiskinan di masa hadapan. InsPeK sudah pasti mengalu-alukan kerjasama ini kerana InsPeK percaya konsep inklusiviti dan ‘bekerja bersama’ antara pemegang taruh adalah wajib untuk menguruskan kemiskinan secara berimpak lestari.

Rentetan itu juga, InsPeK telah menjemput pelbagai pihak untuk bersama dalam membentuk “Cetak biru (blueprint) pengurusan kemiskinan Kelantan 2020-2024” yang mana hasil kajian Pemetaan Kemiskinan menjadi asasnya. Usaha ini sedang dilaksanakan oleh InsPeK dan cuba dilancarkan pada awal tahun 2020. Tujuannya ialah untuk memastikan terdapatnya kerangka besar untuk menguruskan kemiskinan di Kelantan berserta dengan sasaran yang perlu diambil tanggung jawab oleh pelbagai pihak. Dengan komitmen yang sedang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dalam peringkat awal penyediaan cetak biru ini, InsPeK percaya usaha ini akan memberi impak kepada kumpulan sasar untuk mereka keluar dari perangkap kemiskinan.

Untuk perancangan di masa hadapan, InsPeK sudah pasti komited dengan aktiviti penyelidikan dan sentiasa mencari rakan strategik untuk merealisasikannya. Begitu juga dengan program pemindahan ilmu dan ke arah penyediaan pangkalan data yang komprehensif seperti pangkalan data InsPeK yang dikenali sebagai ‘iBox’. Antara tema penyelidikan yang sedang ditumpukan InsPeK ialah perangkap kemiskinan, keselamatan jaminan makanan, kemiskinan masa hadapan, kos sara hidup, sistem amaran dan sistem sokongan berkaitan kemiskinan dan beberapa tema lain. Penumpuan tersebut membolehkan InsPeK membina kepakaran dan membentuk kerjasama yang lebih khusus dengan rakan strategik berpotensi.

Akhir kalam, saya sekali lagi ingin menyatakan kepercayaan saya dalam usaha pengurusan kemiskinan secara berimpak lestari ini dengan prinsip inklusiviti dan bekerja bersama antara pemegang taruh. Justeru, saya dengan penuh hormatnya menjemput semua pihak untuk bekerja sama dengan InsPeK dalam menguruskan kemiskinan secara berimpak lestari.

Terima kasih.

Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail
Pengarah
Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK)
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok, Kelantan, MALAYSIA

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hubungi Kami

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN KEMISKINAN (InsPeK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon  : 09-7797524/ 09-7797526
Email                   : inspek@umk.edu.my
Website              : inspek.umk.edu.my
Facebook            : https://www.facebook.com/inspek.umk

Kemaskini Terakhir: 09 Jun 2019

Jumlah Pelawat

Today7
Yesterday39
This week7
This month1281
Total15538

Who Is Online

1
Online

2019-08-26