Program Penternakan Ikan Keli di Kampung Jerimbong, Jeli
Isu besar yang dihadapi oleh komuniti kampung Jerimbong ialah aktiviti ekonomi yang rigid dan peluang pekerjaan yang kecil. Justeru, projek ini menumpukan untuk menggunakan teknologi terbaru dengan mencipta peluang pekerjaan dan menggalakkan penyertaan industri melalui penternakan ikan keli. Projek ini akan melibatkan 4 orang ahli komuniti dalam menghasilkan produk untuk memenuhi keperluan industri dan meningkatkan pendapatan. Jangkaan hasil adalah, aktiviti ekonomi pilot untuk mencipta peluang pekerjaan dengan memenuhi keperluan pasaran.