Pengenalan:
 
Program ini adalah untuk menghasilkan siswapreneur UMK dalam ekosistem perusahaan sosial baharu mengikut potensi dan kluster perniagaan khusus. Program ini mempunyai lima fasa iaitu pemetaan potensi pelajar, padanan potensi antara siswapreneur dan pemegang taruh ke dalam kluster perniagaan, penglibatan siswapreneur dalam empat modul yang berbeza, dan penubuhan perusahaan mereka dengan bantuan mentor yang telah dilantik serta pemantauan yang dilakukan secara sistematik.
 
Objektif:
 
a) Membina ekosistem sistem sokongan berimpak lestari yang melibatkan empat (4) pemegang taruh utama (pelajar, pensyarah, usahawan mentor [industri] dan komuniti)
b) Mencipta siswapreneur yang mempunyai identiti baharu didokong oleh modal sosial yang berimpak lestari.
c) Mewujudkan pekerjaan kepada 50 orang pelajar UMK.
d) Memberi impak kepada komuniti daripada aspek ekonomi dan sosial.