16 Januari 2021| Fasa kedua Program Pembentukan Identiti Baharu Siswapreneur berasaskan Perusahaan Sosial (EPS) yang dijenamakan di bawah InsPeK FITRA Incubator (FITRA-i).
 
Seramai 50 orang pelajar UMK terlibat dalam EPS. Mereka merupakan pelajar terpilih dari keluarga berpendapatan rendah yang berpotensi untuk terlibat dalam ekosistem perusahaan sosial baharu yang dibina oleh pasukan rujukan FITRA-i.
 
Mereka akan terlibat dengan 4 modul utama dan dipecahkan kepada beberapa sub-modul yang dilaksanakan dengan kerangka Quadruple Helix.
 
Alhamdulillah pada 16 Januari 2021, mereka mula mengikut modul pertama, iaitu Neuro-linguistic programming (NLP) yang dipandu oleh coach NLP tersohor Malaysia, Dr Mohd Shaari Abd Rahman dari UMT. Mereka bertuah kerana didedahkan ilmu tentang mengenali diri dan potensi diri untuk memastikan mereka jelas hala tuju hidup dan matlamat sertai EPS ini.
 
Semoga mereka terus istiqamah untuk bersama dalam EPS dan seterusnya Kembali memberi manfaat kepada orang lain. Amin.

May be an image of 12 people