Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

ASPIRASI UMK DAN KERAJAAN NEGERI MENGURUSKAN KEMISKINAN DI MALAYSIA

 

Oleh: Pusat Hal Ehwal Koprorat

Foto: Al Azam Razi

TUMPAT 6 Januari I UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Pejabat Jaringan Industri Dan Komuniti (ILCO), Pejabat Timbalan Naib Canselori Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) serta Pejabat Jajahan Tumpat melancarkan Program Pemerkasaan Keusahawan Komuniti peringkat jajahan Tumpat yang bermatlamat untuk menghasilkan indikator dan instrumen kemiskinan baharu yang lebih komprehensif.

Program ini akan memberi tumpuan kepada penubuhan Makmal Jaringan Sosial (SNL)  untuk kajian “Pemetaan Kemiskinan di Kelantan ini yang bertindak menguruskan kemiskinan secara berfokus, melaksanakan pemetaan potensi dan menghubungkan potensi dengan kepakaran warga UMK sebelum melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu kepada peserta.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, pelaksanaan makmal SNL Tumpat, Kelantan adalah untuk melaksanakan program berimpak lestari dalam bentuk pemindahan ilmu berasaskan prinsip pemerkasaan psikologi (tranformasi minda), pemerkasaan ekonomi (mikro kredit) dan pemerkasaan modal insan tani (program bimbingan pertanian berfokus).

Katanya, kerjasama projek makmal SNL ini membabitkan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan UMK. “Ini juga melibatkan tiga fasa iaitu pemetaan potensi komuniti, majlis perasmian Makmal Jaringan Sosial dan program pemerkasaan serta pemindahan ilmu untuk meneroka elemen keadilan sosial berkaitan pengurusan kemiskinan.

“Untuk makluman, INSPEK telah berjaya mewujudkan empat buah SNL, iaitu SNL Sungai Rual, Jeli (Orang Asli), SNL Tok Bali Pasir Puteh (Nelayan), SNL Desa Alam Shah (projek pemerkasaan Asnaf Majlis Agama Islam Kelantan dan Lembaga Zakat Selangor)  dan SNL Pohon Nenasi, Bachok (Projek DiRaja),” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Keusahawanan Peningkatan Sosio-Ekonomi Melalui Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025 (KMK) dan Makmal Jaringan Sosial (SNL) Peringkat Jajahan Tumpat 2019, di Dewan Bunga Teratai, Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan, pada 5 Januari 2019.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, YB Tn. Haji Adanan Hassan. Turut hadir, Ketua Jajahan Tumpat, En. Rosnazli Hj. Amin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Hj. Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah INSPEK, Prof. Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar.

Pada majlis itu, YB Hj. Adanan turut menyampaikan Penyampaian Bantuan Keusahawanan Tadahan Rahmat kepada usahawan dan penyampaian sijil penerima bantuan pertanian program pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian dan aktiviti hiliran tahun 2018. Sementara itu, Prof. Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal berkata, makmal SNL adalah memanifestasikan pendekatan InsPeK yang menekankan “impak komuniti” dari setiap penyelidikan yang dilakukan khususnya melalui program pemindahan ilmu.

Katanya, produk Keusahawanan di SNL Geting Tumpat yang dilancarkan untuk peringkat UMK di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan yang mana sebelum ini SNL hanyalah dilancarkan di empat (4) lokasi lain di bawah seliaan InsPeK. 

“Pelancaran SNL kali ini dilaksanakan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK yang melibatkan pusat kecemerlangan penyelidikan (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre(GERIC)), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UMK dan Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi. 

 “Sungguhpun dilancarkan di peringkat UMK, konsep melaksanakan SNL adalah masih sama yang mana melibatkan dua (2) tahap, iaitu Pemetaan potensi komuniti dan Program Pemerkasaan dan Pemindahan Ilmu.

“Uniknya pemetaan potensi komuniti ini ialah penumpuan khusus kepada keusahawanan yang dilaksanakan oleh golongan B40 di SNL Geting, Tumpat, “ katanya.

Prof. Madya Dr. Wan Amir Za berkata produk keusahawanan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan sumber laut dan budaya setempat. 

“Ini termasuklah produk unik di kampung Geting, Tumpat seperti Ikan Bekok. 

“Penilaian awal InsPeK mendapati usahawan B40 di SNL Geting Tumpat mempunyai potensi yang besar dari aspek penghasilan produk yang diperlukan dalam pasaran. 

“Namun kekangan yang ketara ialah mereka berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan produk yang diyakini dari aspek makluman kandungan nutrisi, pembungkusan yang menarik serta sesuai dengan kehendak pembeli dan keupayaan untuk menembusi pasaran,” jelasnya.

Tambahnya, sebagai contohnya, produk ikan bekok merupakan makanan tradisional yang masyhur di Tumpat dan mempunyai permintaan yang tinggi. 

“Namun, produk ini hanya tertumpu di sekitar Tumpat sahaja dan pendekatan pemasarannya juga masih menggunakan pendekatan konvensional. 

“Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keterhadan pengetahuan pemasaran, pembungkusan yang kurang sesuai dan imej produk tersebut belum dicipta untuk pasaran yang lebih besar,” katanya.

 

Read 384 times Last modified on Rabu, 13 Februari 2019 17:44

Hubungi Kami

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN KEMISKINAN (InsPeK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon  : 09-7797524/ 09-7797526
Email                   : inspek@umk.edu.my
Website              : inspek.umk.edu.my
Facebook            : https://www.facebook.com/inspek.umk

Kemaskini Terakhir: 14 September 2019

Jumlah Pelawat

Today31
Yesterday47
This week327
This month1228
Total17017

Who Is Online

1
Online

2019-09-21