Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

46 SISWA UMK SERTAI KHIDMAT MASYARAKAT FOR YOU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Image may contain: 13 people, people smiling, crowd, shoes and outdoor

KUALA LUMPUR 23 April I Isu stigma dan diskriminasi terhadap golongan gelandangan masih wujud pada hari ini sehingga golongan ini dilabel sebagai pengotor dan sampah masyarakat.

Bahkan kerap kali gelandangan dicemuh sebagai komuniti yang mencemarkan pemandangan ibu kota, namun ada baiknya masyarakat merenung sejenak dan bertanyakan apakah puncanya yang menyebabkan golongan gelandangan ini merempat di kaki lima dan mengemis.

Jika dilihat di sebalik sejarah kehidupan mereka ini golongan gelandangan menjadi mangsa kemiskinan bandar, malah ada dikalangan mereka ditimpa konflik keluarga, gangguan mental dan gejala sosial.

Untuk membetulkan persepsi salah tanpa usul periksa ini, seramai 46 ahli kelab Visual Communication Design (VCODE)) termasuk ahli Kelab Nadi Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (Inspek), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengadakan program “Khidmat Masyarakat for You” Gelandangan Kuala Lumpur di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur, pada 23 April 2019.

Program anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dengan kerjasama InsPeK dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah julung kali diadakan dengan tujuan utama untuk menyelami realiti kehidupan gelandangan di kota raya.

Penyelaras Program Khidmat Masyarakat for You, Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar, berkata program ini adalah inisiatif pelajar FTKW untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat yang tepat faktor dan punca berlakunya isu gelandangan ini.

Katanya, melalui program tersebut mahasiswa dapat menyelami sendiri daripada pandangan mereka tentang realiti kehidupan gelandangan di kota raya.

“Hasil daripada pemerhatian dan tinjauan mendapati isu geladangan wujud adalah ekoran daripada desakan sosioekonomi dan gangguan emosi di luar kawalan menyebabkan mereka terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

“Program ini turut membentuk jalinan hubungan di antara mahasiswa dengan masyarakat setempat terutamanya dalam membentuk modal insan yang berkualiti, nilai moral, kemahiran komunikasi dan memahami budaya setempat supaya mereka lebih menyedari akan tanggungjawab sosial yang perlu disumbangkan kepada masyarakat setelah bergraduat kelak,” katanya

Tambahnya, sesi beramah mesra dan bertanya khabar bersama warga lorong ini merupakan pendekatan baru dalam menyantuni golongan ini.

“Ini dilihat lebih holistik dan besar impaknya melalui kaedah sentuhan dari hati ke hati berbanding dengan hanya memberi makanan dan barangan keperluan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail, berkata program ini merupakan nilai tambah kepada hasil penyelidikan UMK selaras dengan niche area penubuhan InsPeK dalam menguruskan kemiskinan melalui kolaborasi bersama rakan strategik.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

Beliau berkata, program ini adalah permulaan awal kepada kajian perangkap kemiskinan bandar yang sedang dirancang oleh InsPeK.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, pegawai pengiring daripada FTKW, Cik Nawwal Abdul Kadir, En. Ariff Ariffin, Cik Izati Nabila Marzuki dan staf InsPeK.

Teks dan Foto : InsPeK & Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

Read 162 times Last modified on Selasa, 14 Mei 2019 08:45

Hubungi Kami

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN KEMISKINAN (InsPeK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon  : 09-7797524/ 09-7797526
Email                   : inspek@umk.edu.my
Website              : inspek.umk.edu.my
Facebook            : https://www.facebook.com/inspek.umk

Kemaskini Terakhir: 14 September 2019

Jumlah Pelawat

Today30
Yesterday47
This week326
This month1227
Total17016

Who Is Online

1
Online

2019-09-21