
26 Januari 2024| Ahad - Kunjungan Hormat daripada Kelantan Autism Care Center (KACC) di InsPeK Bachok.
InsPeK telah menerima kunjungan hormat daripada Kelantan Autism Care Centre (KACC) yang diketuai oleh YBhg. Encik Shafrry Mohd Sarif (Pengarah, Kelantan Autism Care Centre) dan disambut oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Pengarah, InsPeK, UMK).
Tujuan kunjungan Hormat ini adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan berkaitan penyelidikan kemiskinan dalam kalangan Kanak-kanak dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia. Semoga peluang kolaborasi ini dapat sama sama membantu penyelidikan dalam Kanak-kanak dan OKU demi kelestarian hidup mereka.