Perancangan kewangan peribadi perlu konsisten, bermatlamat

Perancangan kewangan peribadi perlu konsisten, bermatlamat

Perancangan kewangan peribadi perlu konsisten, bermatlamat

Penetapan matlamat dalam perancangan kewangan peribadi boleh dilaksanakan melalui beberapa peringkat iaitu secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang Perancangan kewangan dirangka perlu selari dengan anggaran pendapatan supaya tidak berlaku renjat

Sambutan Aidilfitri kini memasuki minggu kedua dan seperti kebiasaan sebelum ini, umat Islam terutama di taman perumahan mengadakan rumah terbuka untuk meraikan perayaan bersama keluarga, saudara mara, jiran, rakan sekerja dan sahabat handai.

 

Lazimnya perancangan untuk mengadakan rumah terbuka dibuat selepas menyambut Aidilfitri di kampung orang tua atau kediaman keluarga sama ada di desa atau bandar.

Ketika hendak meraikan Aidilfitri, sudah tentu banyak wang dibelanjakan untuk membeli kelengkapan beraya terutama baju, kuih-muih selain duit raya untuk disedekahkan kepada keluarga, anak buah serta saudara terdekat.

 

Bagaimanapun penggunaan kewangan sudah pasti berbeza mengikut kategori isi rumah, latar demografi serta status berkeluarga. Dalam hal ini, penilaian kewangan selepas menyambut perayaan amat penting bagi menstabilkan semula kedudukan kewangan peribadi demi meneruskan kesejahteraan hidup sekeluarga pasca beraya.

 

Penilaian kewangan peribadi selepas meraikan musim perayaan boleh dilaksanakan secara kendiri bagi mengelak individu termasuk ke dalam kategori gagal melunaskan hutang bulanan.

Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi, jumlah kebankrapan ditadbir hingga Februari 2023 ialah 268,744 kes. Sehubungan itu, setiap individu perlu merancang kewangan peribadi lestari bagi mengelak terperangkap dalam tunggakan hutang.

 

Perancangan kewangan peribadi sebaiknya dilaksanakan lebih awal iaitu sebelum menyambut perayaan. Terdapat beberapa langkah boleh diambil bagi mengelak individu daripada tersasar menguruskan kewangan peribadi.

 

Antara kunci utama yang perlu dititikberatkan ialah menetapkan matlamat yang boleh dilaksanakan melalui beberapa peringkat iaitu secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Penetapan matlamat kewangan strategik berupaya mengelak individu menghadapi tekanan kewangan selepas perayaan. Teliti keperluan kewangan

Matlamat jangka pendek ialah meneliti keperluan kewangan dan liabiliti yang perlu diselesaikan segera tanpa penangguhan seperti bil elektrik, air, penyelenggaraan, rangkaian internet, telefon dan sewa rumah, ansuran bulan kenderaan dan kediaman.

 

Bagi individu berkeluarga sudah pasti agihan kewangan untuk memenuhi matlamat jangka pendek lebih banyak apabila membabitkan kos terhadap anak dalam tanggungan seperti yuran taska, pengangkutan sekolah, transit dan sebagainya.

 

Pada masa sama, peruntukan terhadap keperluan dana kewangan kecemasan juga perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku kekalutan dalam menghadapi situasi tidak dijangka.

Peruntukan kewangan bagi memenuhi matlamat jangka pendek perlu dirangka dengan baik supaya tiada elemen tunggakan bayaran boleh merencatkan proses kehidupan seharian.

Langkah seterusnya ialah menyediakan perancangan kewangan bermatlamat jangka sederhana yang boleh disifatkan sebagai keperluan kewangan untuk satu tempoh boleh dicapai bagi memenuhi tujuan bersifat kehendak. Contohnya untuk percutian, pelaburan dan simpanan.

 

Perancangan kewangan dalam konteks ini memerlukan tabiat menyimpan konsisten, amanah dan tegas kepada kepatuhan untuk menyediakan agihan kewangan seperti ditetapkan.

Tabiat kewangan yang baik akan memberi impak positif kepada kantung kewangan individu dan keluarga pada masa hadapan, selain boleh merealisasikan kehendak kewangan individu serta isi rumah seperti dirancang.

 

Fasa seterusnya ialah penyediaan matlamat kewangan bersifat jangka panjang yang merujuk keperluan masa hadapan untuk satu tempoh melangkaui kitaran tahunan kewangan berbeza.

Contohnya, menyediakan perancangan kewangan bagi tujuan persaraan dijangka bakal berlaku dalam tempoh 15 tahun lagi atau peruntukan bagi pendidikan anak melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi 10 tahun akan datang.

 

Dalam aspek ini, perancangan kewangan untuk jangka masa panjang perlu dilaksana bagi membolehkan kehidupan berlangsung dengan sistematik. Jika hari ini kita mungkin belum mempunyai keluarga, sudah pasti perancangan kewangan untuk masa depan keluarga perlu dirancang bagi memberi kebahagiaan kewangan pada hari mendatang. Semak kewangan secara berkala

 

Justeru, konsolidasi hutang atau liabiliti kewangan dihadapi juga perlu dinilai dan distruktur dengan sebaik mungkin. Hutang dengan jumlah kecil sebaiknya perlu dilangsaikan segera bersumberkan dana kewangan sedia ada. Hal ini penting bagi memberi keseimbangan positif kepada aliran tunai.

 

Semakan kewangan secara berkala juga penting bagi memastikan peruntukan kewangan dibuat selari jumlah pendapatan diterima.

 

Kesimpulannya, perancangan kewangan dirangka perlu selari anggaran pendapatan diperoleh supaya tidak berlaku renjatan kewangan apabila terjadi kemelesetan ekonomi atau berlaku pandemik.

Perancangan kewangan bersifat holistik dengan mengambil kira pelbagai dimensi ekonomi berupaya mengelak masalah kemiskinan dan keberhutangan serta mencipta kehidupan lestari.

Pada masa sama, peruntukan terhadap keperluan dana kewangan kecemasan juga perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku kekalutan dalam menghadapi situasi tidak dijangka

000
Read 337 times
Rate this item
(1 Vote)