07 Ogos 2023 | Khamis | Kunjungan Delegasi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM) ke UMK Bachok.

InsPeK UMK telah menerima kunjungan delegasi ICU, JPM di UMK Bachok. Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Puan Mashitah @ Suhailah binti Suid (Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat, ICU, JPM) dan delegasi. Kehadiran delegasi ini disambut oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Pengarah InsPeK).

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian daripada InsPeK UMK berkaitan pengurusan kemiskinan. Semoga perkongsian yang disampaikan oleh InsPeK UMK dapat memberi input kepada pemegang taruh bagi membantu komuniti miskin untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Image