
21 APRIL 2026 | SELASA - LAWATAN KOMUNITI PANGKOR KE PROJEK InsPeK DI TUMPAT, KELANTAN
Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima kunjungan istimewa daripada Komuniti Pangkor menerusi lawatan penanda aras ke beberapa projek berimpak tinggi InsPeK di sekitar Tumpat, Kelantan.
Lawatan ini melibatkan Projek I-Spa Pangkor serta Projek Tindakan Sosial Komuniti melalui Hub Ekonomi Mikro: Kajian Inklusif di Pulau Pangkor (i-HEKIP). Sepanjang lawatan, para peserta telah dibawa meninjau pelbagai inisiatif pembangunan komuniti, antaranya Projek Roti Madrasah Home Based di Madrasah Tahfiz Ummu Halimah yang memfokuskan kepada peningkatan sosioekonomi golongan asnaf, Program Lembah Barakah sebagai hab perusahaan sosial pemprosesan produk hiliran, Projek Greenhouse Glass Dryer, Kedai Kak Yah Budu Tempayan serta Projek Solar Dryer.
Penganjuran lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada model kejayaan pembangunan komuniti, di samping menyuntik inspirasi, meningkatkan minat serta memperkasa kesejahteraan hidup komuniti di Pangkor melalui adaptasi amalan terbaik yang dilaksanakan.