
23 April 2026 (Khamis) | Majlis Penyerahan Kunci Hub Perusahaan Sosial Meheliah Ocean di Kampung Geting, Tumpat
InsPeK UMK telah melaksanakan majlis Penyerahan Kunci Hub Perusahaan Sosial Meheliah Ocean bagi Program Lembah Barakah: Hub Perusahaan Sosial Pemprosesan Produk Hiliran.
Majlis dan program ini melambangkan satu lagi langkah ke hadapan dalam memastikan kelestarian projek serta kesinambungan manfaat kepada komuniti sasaran. Inisiatif ini membuktikan bahawa kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan komuniti mampu menghasilkan impak yang signifikan dalam pembangunan ekonomi sosial, sekaligus menyokong agenda kesejahteraan masyarakat secara inklusif dan berterusan.
Penubuhan Mehiliah Ocean ini menjadi simbol kejayaan pemerkasaan komuniti pondok dalam menceburi bidang keusahawanan secara lebih tersusun dan berdaya saing. Melalui inisiatif ini, peserta komuniti telah diberikan latihan intensif melibatkan teknik pemprosesan makanan menggunakan teknologi seperti Insoler Dryer, pembangunan produk, pembungkusan, serta strategi pemasaran. Pendekatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada produk tempatan, malah membuka peluang penjanaan pendapatan yang lebih mampam.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UMK), yang dihadiri oleh Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK), Prof. Madya Dr. Derweanna binti Bah Simpong (Ketua Projek), Dr. Ervin Gubin Moung (Timbalan Pengarah Operasi PPP, UMS) dan Ustaz Nik Mahyuddin Bin Nik Ismail (Mudir, Pondok Mehiliah,Kg Geting, Tumpat), Penyelidik UMK, warga InsPeK dan Komuniti Pondok.