
SDGs Overview
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) merupakan satu iltizam untuk memastikan tidak ada kelompok yang tertinggal di belakang dari menikmati kesejahteraan hidup menjelang tahun 2030. Melalui 17 matlamat pembangunan lestari, SDGs menjadi kerangka besar agar semua pihak bergerak seiring ke arah yang sama. Juga mendorong mereka untuk bukan sahaja mendapat manfaat dari SGDs, tetapi turut menyumbang untuk merealisasikan pembangunan lestari.
Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) sinonim dengan usaha mengurus dan membasmi kemiskinan secara berimpak lestari seperti yang terkandung dalam SDGs. Bagi mencapai pembangunan lestari, InsPeK menumpukan kepada 1) penyelidikan; 2) pendayaupayaan komuniti miskin melalui program pembinaan kapasiti; 3) menyediakan hab kolaborasi antara pemegang taruh; dan 4) bersama membina polisi yang berimpak lestari.
Sehingga kini, InsPeK telah melaksanakan lebih dari 40 penyelidikan bagi membantu pemegang taruh untuk menguruskan kemiskinan. Uniknya penyelidikan InsPeK ialah penyelidikannya bukan hanya dalam skop sosioekonomi sahaja, tetapi juga melibatkan elemen sains dan teknologi. InsPeK juga telah melaksanakan lebih daripada 30 program pembinaan kapasiti yang melibatkan lebih dari 4,000 peserta berpendapatan rendah dan miskin.
Antara projek penyelidikan InsPeK yang menjadi rujukan pelbagai pihak berkaitan kemiskinan dan SDGs ialah 1) Pemetaan Kemiskinan; 2) UMK-MoF Social Enterprise Project; dan 3) Tadahan Rahmah.
APPGM-SDG
1. Program Penternakan Ikan Tilapia dan Patin di Kampung Jerimbong, Jeli
2. Program Perusahaan Sosial Cendawan di Kampung Sungai Rual, Jeli
3. Program Perusahaan Sosial Ekopelancongan di Kampung Gunong Reng, Jeli
4. Program Perusahaan Sosial Inoproduk di Kampung Sungai Rual, Jeli
5. Program Pengembangan Perusahaan Sosial Cendawan Tiram Kelabu di Kampung Sungai Rual, Jeli