Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) yang menumpukan kepada penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan kemiskinan dan kesejahteraan hidup manusia.
Terbaru, InsPeK telah diiktiraf sebagai Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKP merupakan pengiktirafan sebagai Pakar Rujuk (Referral Point) dalam bidang tujahan berfokus di peringkat serantau dan antarabangsa.
InsPeK mempunyai lima (5) teras (Quintuple Helix), iaitu 1) penyelidikan, 2) pendayaupayaan (empowerment), 3) hab kolaborasi, 4) pangkalan data, dan 5) polisi. InsPeK juga menumpukan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) untuk memastikan InsPeK turut bersama merealisasikan SDGs di peringkat lokal dan global.
Justeru, InsPeK menyediakan kepakaran untuk bekerja bersama dengan para pemegang taruh bagi menguruskan kemiskinan dan mencadangkan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara berimpak lestari.
Peneraju dalam penyelidikan dan pengurusan kemiskinan di peringkat global
Menjadi pusat rujukan dalam penyelidikan dan pengurusan kemiskinan melalui penyelidikan translasi, pemindahan ilmu, hab kolaborasi dan pangkalan data.
|
i. Menjadi mekanisme pengukuran pencapaian prestasi InsPeK |
|
ii. Menjelaskan Hala Tuju Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) untuk tempoh 4 tahun (2017-2020) |
|
iii. Menjadi sistem pemantauan dan penilaian penyelidikan, penghasilan inovasi, pemindahan ilmu, pemanfaatan sumber data dan keberadaan kolaborasi antara pemegang taruh |
|
iv. Menyediakan pelan tindakan yang realistik, tersusun dan berimpak dalam melaksanakan fungsi InsPeK |
|
v. Sumber rujukan mengenai InsPeK |