a. Merancangkan, melaksana dan menguruskan penyelidikan berkaitan kemiskinan dari pelbagai aspek dan disiplin.
b. Menjadi sumber rujukan berkaitan pembinaan, pemantauan dan penambahbaikan polisi berkaitan kemiskinan.
c. Menyediakan model pengurusan kemiskinan melalui pendekatan ilmiah dalam bentuk rakan kongsi dan memberi fokus kepada penyelidikan translasi (translational research), policy driven, action research dan participatory action research.
d. Membangunkan pangkalan data yang komprehensif yang mengandungi repositori untuk bahan rujukan penting berkaitan dengan kemiskinan termasuklah dasar, kepakaran, hasil penyelidikan, artikel, jurnal, profil dan pemetaan kemiskinan.
e. Menyediakan ruang yang kondusif bagi melaksanakan hab kolaborasi antara pemegang taruh dari pelbagai latar belakang untuk bersama menguruskan kemiskinan.
f. Membangunkan program pengajian berkaitan kemiskinan berasaskan pendekatan transdiciplinary dan multidiciplinary.