PROGRAM PERUSAHAAN SOSIAL CENDAWAN DI KAMPUNG SUNGAI RUAL, JELI
Projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah sementara sumber pendapatan Orang Asli terpilih di Sungai Rual, Jeli. Objektif projek ini ialah untuk menanam dan menghasilkan cendawan untuk memenuhi pasaran sedia ada dan seterusnya menghasilkan pendapatan baharu. Peserta adalah terdiri daripada 5 belia Orang Asli di Sungai Rual, Jeli. Jangkaan hasil adalah, belia Orang Asli akan memperoleh pendapatan baharu dan dilaksanakan berasaskan kerangka perusahaan sosial.