Image
PEMETAAN KOMUNITI DI JERANTUT, PAHANG

6-9 Februari 2025 | Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) telah melaksanakan Program “Pemetaan Komuniti di Jerantut, Pahang". Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato, Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan (Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)), YBhg. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) UMK dan staf InsPeK.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk (i) memetakan potensi komuniti untuk pembangunan sosioekonomi (ii) mengenal pasti projek/ program pembangunan sosioekonomi yang berpotensi dan (iii) merangka projek/ program pembangunan ekonomi di Jerantut, Pahang. Program telah dilaksanakan di Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Lata Kasah, Kampung Jerantut Feri dan Kampung Sungai Kiol yang melibatkan seramai 59 peserta yang terdiri daripada Kumpulan rentan (ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan komuniti miskin), belia dan beliawanis, usahawan tempatan, pemimpin tempatan dan agensi.