23 Januari 2021 | Social Enterprise Apprentice (SEA) telah mengikuti slot Kanvas model perniagaan yang disampaikan oleh DR. Tengku Khairi Rahman yang merupakan Ex CEO Yayasan Pembangunan Perniagaan YPU dan kini merupakan CEO Markplus Business Advisors. Melalui slot kali ini, penceramah modul telah membangunkan pemikiran keusahawanan sosial SEA melalui contoh-contoh perusahaan sosial yang telah berkembang di Malaysia seperti Social Enterprise-Urban Hijau. SEA juga telah mempelajari untuk membina ‘Business model Canvas (BMC)’ dan memahami BMC sebagai alat pengurusan strategik.
Kejayaan pada masa hadapan adalah hasil daripada hari ini. Semoga ilmu yang diperolehi daripada slot hari ini memberi sejuta manfaat kepada SEA dan mereka lebih bersemangat dalam slot akan datang.