PENGENALAN/ LATAR BELAKANG
 
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan adalah merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusan pentadbiran dan kewangan bagi semua bahagian di bawah selian di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK).
 
FUNGSI BAHAGIAN

1. Mengendalikan segala aspek pengurusan pentadbiran InsPeK.
2. Merancang, mengurus dan memantau hal berkaitan pentadbiran kewangan InsPeK.
3. Menguruskan hal berkaitan pentadbiran aset dan inventori di InsPeK.
4. Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan InsPeK.