
26 Januari 2024| Ahad - Kunjungan Hormat daripada Yayasan Ikhlas di InsPeK Bachok.
InsPeK telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Ihklas yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Zainurrashid Zainuddin (Pengerusi, Yayasan Ikhlas) dan disambut oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Pengarah, InsPeK, UMK).
Tujuan kunjungan Hormat ini adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Selain itu, perbincangan juga memfokuskan kepada penyelidikan dan pemindahan ilmu dalam kalangan komuniti miskin di Malaysia dari aspek kualiti hidup demi kesejahteraan hidup mereka. Semoga kolaborasi antara Yayasan Ikhlas dan InsPeK ini dapat membantu komuniti miskin di Malaysia.