22 Januari 2021 | Pada petang 22 Januari 2021, Social Enterprise Apprentice (SEA) telah mengikuti slot Pelaksanaan peluang perniagaan digital dan slot Pelaksanaan strategi pemasaran digital yang disampaikan oleh Nurliana binti Muhammad atau lebih dikenali sebagai Liaa Muhammad
Dalam slot kali ini, SEA didedahkan ilmu tentang inisiatif yang wajar direbut oleh siswapreneur. Melalui slot ini juga, SEA lebih mengenal pasti platform-platform yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka pada masa hadapan.
Semoga ilmu yang diperoleh SEA akan memberi manfaat kepada diri mereka dan memberi impak besar kepada komuniti.