
20 MAC 2025 (Khamis)- Kunjungan Hormat Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Unit PPAM, JPM) ke InsPeK, UMK.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik, terutamanya dalam bidang penyelidikan yang boleh menyumbang kepada pengurusan perumahan bagi penjawat awam di Malaysia.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil, Pengarah PPAM dan disertai oleh Puan Matherine Richard (Ketua Penolong Pengarah), Sr Mohd Azhar bin Ab Wahid (Penolong Pengarah Kanan) dan Puan Munirah Aayuni binti Mohd Mokhtar (Penolong Pengarah Kanan).
Kunjungan hormat ini juga telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, (Pengarah InsPeK) dan turut di hadiri oleh, Prof. Madya Dr. Azwan bin Abdullah (Felo Bersekutu), Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz bin Jamaludin (Felo Bersekutu), Dr. Muhammad Faiz Aiman bin Mohd Sohaimin (Pegawai Penyelidik), Encik Hafizi bin Mat Salleh (Pegawai Penyelidik Sosial) dan Encik Muhammad Farid bin Rosdi (Pegawai Penyelidik).


