KONSEP DAN PENDEKATAN PENYELIDIKAN InsPeK

Konsep dan Pendekatan Penyelidikan InsPeK adakah seperti berikut:


a. Konsep Penyelidikan InsPeK:

i. Penyelidikan yang berasaskan translational research, policy driven, action/ applied research dan participatory action research (PAR).

ii. Menumpukan kepada keperluan, masalah dan potensi komuniti miskin; 

iii. Output dari hasil kajian tersebut menghasilkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan secara langsung oleh komuniti miskin.

iv. Penyelidikan termasuklah dalam bentuk produk fizikal, sistem atau proses, modul atau model yang boleh digunakan untuk membentuk model pengurusan kemiskinan. 


b. Pendekatan Penyelidikan InsPeK:

i. Penyelidikan berasaskan pendekatan rakan kongsi (partnership) antara sarjana dengan pemegang taruh (stakeholders).

ii. Pemegang taruh adalah individu atau komuniti miskin, agensi kerajaan berkaitan pengurusan kemiskinan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis.

iii. InsPeK turut mengimplementasikan pendekatan kajian ‘Kajian Tindakan Ikut Serta’ (Participatory Action Research- PAR) yang mana InsPeK menggunakan konsep insklusiviti dalam melaksanakan kajian tindakan, iaitu penyelidikan bukan hanya datang dari pertimbangan penyelidik sahaja, sebaliknya para pemegang taruh boleh berbincang dengan InsPeK untuk bersama merangka untuk melaksanakan penyelidikan secara bersama untuk menyelesaikan masalah atau isu yang dikenal pasti oleh pemegang taruh.
Image
Image
Image