KONSEP DAN PENDEKATAN BAHAGIAN JARINGAN DAN DATA RAYA


Konsep dan Pendekatan Bahagian Jaringan dan Data Raya adalah seperti berikut:

a. Konsep Jaringan dan Pangkalan Data InsPeK
 
i. Bahagian Jaringan dan Data Raya percayakan konsep, ‘kepentingan modal sosial’ yang menghubungkan kesemua pemegang taruh berkaitan kemiskinan. Mereka perlu mengenali antara satu lain dan ‘bekerja bersama’ berasaskan kekuatan dan fokus masing-masing.
 
ii. Bahagian Jaringan dan Data Raya menjadi hab kolaborasi antara pemegang taruh untuk melaksanakan kajian, membincangkan isu kemiskinan dan menguruskannya. Justeru, maklumat berkaitan mereka adalah diperlukan dan direkodkan dalam sebuah pangkalan data yang khusus.

b. Pendekatan Jaringan InsPeK
 
i. Mengaplikasikan pendekatan rakan kongsi (partnership) iaitu menggalakkan penyertaan sukarela antara pemegang taruh untuk terlibat dalam aktiviti InsPeK dan vice versa.
 
ii. Dari segi pangkalan data pula adalah mewujudkan pangkalan data yang komprehensif, iaitu dengan merekodkan kesemua perkara berkaitan kemiskinan. Termasuklah berkaitan polisi, penyelidikan lepas, bahan ilmiah, pakar dan agensi berkaitan. Pendekatan ini adalah bagi menjadikan InsPeK tumpuan dan rujukan utama semua pihak berkaitan kemiskinan.